Hari
ini, konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang
telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti
Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui
bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya
boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung
Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori
relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan
halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan
fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an
telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa!! Beberapa ayat
mengenai subjek ini berbunyi.
"Dan
mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah
sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi
Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung.
(Surah Al-Hadid: 47)
"Dia
mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik
kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut
perhitunganmu". Surah As-Sajadah: 5)
"Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadanya lima puluh ribu tahun". (Surah Al-Ma'arij: 4)
Dalam
setengah ayat, ianya dijelaskan bahawa manusia merasakan masa secara
berbeza dan kadang-kadang mereka boleh merasa suatu masa yang singkat
seolah-olah suatu masa yang panjang. Perbualan manusia berikut yang
terjadi sewaktu pengadilan mereka di Hari Kemudian adalah satu contoh
yang baik dalam hal ini.
"Allah
berkata: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?. Sahut mereka itu:
kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada
orang-orang yang menghitungnya. Allah berkata: Kamu tiada tinggal (di
dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya. Surah
Al-Mukminun: 112-114.
Fakta
mengenai kerelatifan masa adalah sangat jelas disebutkan di dalam
Al-Qur'an, yang dinyatakan pada tahun 610 adalah satu lagi bukti bahawa
Al-Qur'an adalah sebuah kitab suci.

No comments:
Post a Comment