Oleh: ust. salman maskuri
Umum
mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat. Dalil-dalilnya juga
telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Tetapi
disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam
dan tidak wajib menjawab.
Telah
dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s
242. Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:
- Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
- Orang yang sedang berada didalam tandas
- Orang yang sedang makan dan minum
- Orang yang sedang berperang
- Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
- Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
- Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
- Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
- Orang yang sedang azan dan iqamat.
- Orang yang sedang qada’ hajat.
- Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
- Orang yang sedang iqamat
- Orang yang sedang mabuk.
- Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
- Orang yang sedang solat
- Orang gila
- Kanak-kanak
- Orang yang mengantuk @ sedang tidur
- Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
- Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
- Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…
Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.
Haram
bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram )
yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi
perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi
salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.Sekiranya
perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam
kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.Boleh bagi lelaki
memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi
sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua
sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.

No comments:
Post a Comment