Pada suatu
hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit
membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung
itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.
Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?
Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?
Burung : Aku tahu.
Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tidak akan dapat memadamkan kebakaran itu?
Burung : Aku tahu wahai pemuda.
Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?
Burung
: Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak
kebakaran itu, aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika
Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab
bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.
Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.
~~ apakah usaha kita tatkala saudara islam kita dianiaya di myammar,palestin,syria dan lain2 tempat diseluruh dunia..

No comments:
Post a Comment