Friday, 29 June 2012

Sejarah Ayat Kursi

ayat kursi
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. 

Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan
 
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Thursday, 28 June 2012

Harga yg perlu dibayar

Assalamualaikum WBT..
Hey dude, keje mcm aku ni mmg la sedap..tapi xseindah yg disangka..orang lain berkata-kata yg keje aku ni best la, masyuk la, ahh mcm2 la..tapi hakikat sebenar, try masuk skali baru tau..once u step into this industry, u will know and u cannot regret or step back..oyehhh, yess my job was awwwwesome..tapi biasa la, ada pro and cons..xgitu, macam cina ada yin yang..
u get something but u lost something..true story dude..huuhuu..ape yg aku hilang ek..cmni la nak dipermudah kan..anak aku membesar tanpa aku disisi..sedih weyy bila balik anak sendiri xnak datang (T_T)..yg ketara skali, every first moment my son start to bla bla bla, i was not there..sad mehhh..semalam anak aku da pandai merangkak, kedek kedek angkat punggung nak merangkak..comel ape..hehe..tapi tgk dalam skype jela..
eh dah rehat, masa utk gi makan rojak pastu solat..kbai, wslm

jagung oh jagung

Assalamualaikum WBT..

Jagung jagung jagung..hehe, aku terbeli jagung ler tepi jalan tadi..byk plak aku beli, nak bagi anak aku makan..aku suka bakar jagung wehh, sodap apoo..hehe, rezeki buat si penjual jagung di tepi jalan..sebatang singgit, omak aii mahal mehh..huhu, esok nak balik nak bakar bg anak aku makan..of course la ngan wife aku skali..madu blum ade ya..hampir ada tp last2 xjadi..tp masih lum putus asa..hakhak..

arini keje setel semua, so keje skrg goyang kaki aja..ni la kelebihan keje pakai tenaga ni, abis keje rilex la plak..report2 bagai bagi engineer opis lain la wat..walaupon aku ni level engineer, tapi mane aku peduli paper2work ni semua..ade aku kesah..hohoho..

santapan rohani hari ni, semalam terlintas dalam Al Quran tentang sifat2 org munafik.. dalam surah Al Maidah..selak2 la ye..mereka2 ni musuh yg lagi bahaya dari org bukan islam yg lain..klu kafir, terang2 mmg musuh kita..ni munafik gunting dalam lipatan, duri dalam daging..bahaya tau..aku bukan alim sangat, tapi hendak lah kita saling ingat mengingati..bak kata UAI, dakwah tu tugas semua org..klu nak tggu sume jadi baik dan berilmu nescaya xkan ada pendakwah atas muka bumi ni.. ~~ ye tak, ambe sokom..

jadi hati2 lah kita ngan mereka2 ni..ramai da skrg ni..doakan mereka2 ni diberi hidayah Allah..kita jgn lah kata kat org tntg dosa2 yg mereka buat, sbb kita xtau lagi apa masa depan dia..mana tau di masa depan dia 100 kali lebih baik dari kita..ye dok..ke guane..jalan terbaik kita sama2 mendoakan yg terbaik utk semua..org yg kafir skrg mgkin akan jadi muslim sejati pada masa akan datang..ambil iktibar dalam kejadian runtuhnya masjid babri kat india..dgn kuasa Allah, kebanyakkan org yg terlibat dlm meruntuhkan masjid tu memeluk Islam..subhanallah, hebatnya Allah..jadi siapa la kita ni nak kata buruk kat org lain..

kbai..wassalam..

Wednesday, 27 June 2012

Misi untuk mengubah hala tuju

Hohohohoho..dah lama dah terdetik rasa ni..sejak ku berjumpa intan yg kini sudah hilang..belum hilang sebenarnya tapi bersembunyi..aku berusaha dalam diam..tidak ku putus asa selagi intan belum jadi milik orang lain sepenuhnya..aku berjiwa kental..hehe..
Aku merancang tapi Allah yg akan menentukan segalanya..Klu Allah dah tentukan jodoh, xsuke macam mana pon tetap akan bertemu jua..huhu..
Klu intan tersebut baca ni, ketahuilah bahawa aku xpernah berhenti berharap..aku sentiasa menanti sms,emel etc..mgkin sikap aku xmatang, tp aku hnya begitu pada insan2 tertentu sahaja..hoho..kbai..

Tuesday, 26 June 2012

dunia oh dunia

Assalamualaikum wbt..

tak perlu nak bersalam2 1mesia lah..allergic dgr org ckp cenggitu..hehe..bagi salam cara Islam cukup lah..dapat pahala lagi tau..huhu..
Fuhh siap kojo den..kerja dunia utk menyara anak isteri..kais pagi makan pagi..itu lah cara hidup manusia skrg..dunia skrg sume nak duit ja..jadi dlm fikiran masing2 sume duit duit duit..ramai mengeluh bila xcukup duit..ye ke dop..huhu, sume camtu kan..tapi lupekah kita dari mana sume tu datang..dari yg Maha Pemberi rezeki..rezeki datang dari Allah..hendaklah kita yakin dgn kuasa Allah..xperlu kejar sgt dunia ni..dunia ini perlu, tapi jgn smpai akhirat kita entah ke mana..lebih kan lah akhirat kita..bile sebut rezeki ja, org akan ingat duit..rezeki bukan duit ya kawan2..tapi duit itu adalah salah satu rezeki..

kalau nak dihitung jumlah rezeki yg Allah bagi pada kita, xkan terhitung punya lah..Sayangnya Allah kat kita..tapi setiap rezeki yg Allah bagi, adakah kita balas dgn sekurang2nya Alhamdulillah..klu ya, syukur lah..klu tidak, nanti amalkan lah..xsusah pon..sebut Alhamdulillah, xsampai 2 saat pun kan..huhu..

Baru ni aku dihubungi oleh satu company dari kuwait..aku kenal company tu..competitor company skrg..boleh tahan gak hebatnya..bergegar jugak jiwa aku bila dioffer mcm tu..hehe, jwpan aku mudah saja..klu offer menarik konpom aku gi..tujuan aku, sebab da dekat ngan saudi arabia..senang nak gi melawat baitullah..cita2 tu beb, sape xnak gi beribadat kat sana..huhu..klu boleh menetap sana lagi baguih apa..

rezeki oh rezeki..ramai yg nak rezeki murah, tapi berapa ramai yg wat solat dhuha minta murah rezeki..berapa ramai yg bersedekah..brape ramai yg membantu org lain..tu sume amalan utk murah rezeki..dulu aku ni jenis kedekut taik idung masin kot..haha..tp Alhamdulillah Allah bagi peluang utk memperbaiki diri ini utk jadi lebih baik..bukan nak jadi perfect tapi jadi sebaik yg boleh..usaha la sikit..
kita klu nak sesuatu kena la usaha sikit, bukan nya sume menda datang bergolek..ye dok..

hohoho, ok skrg masa aku nak meronda2 tgk budak2 wat keje..sape ngulau aku rotan..haha..kbai, assalamualaikum..

Intan yg kini hilang

Dengan lafaz Bismillah..

Assalamualaikum WBT..

hohoho..org lain wat blog, aku pon nak gak..mengisi masa lapang..ibarat menulis diari..
org nak kate ape kate la..ade aku kesah..

byk perkara nak tulis klu nak tulis..tapi komitmen keje aku cmni xleh la nak tulis panjang2..
Aritu aku ade terjumpa intan dalam timbunan kaca..aku terjumpa sesuatu yg berharga dlm hidup ni..merubah byk hidup aku..jumpa hanya seketika..tapi semacam bukan milik aku..aku berusaha utk memiliki..aku sudah punya satu, dan boleh lagi klu nak tambah..hehe..usaha usaha dan usaha, mcam2 hint aku bagi..tp fail la plak..hohoho, pepatah ada kata "benci mcm mana pon kita kat sesuatu, klu tu jodoh kita, ia akan datang kat kita" and vice versa..

macam2 kebetulan terjadi lepas aku jumpa intan tu..xtau la aku..aku pun penah mimpi..tp mimpi hanya mimpi..mgkin ia petanda..aku bukan alim sangat, tapi kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa berusaha utk menjadi hamba yg lebih baik..

kini intan tu dah hilang..xtau la klu ada org lain plak yg jumpa intan tu..harap2 org yg baik2 yg jumpa intan tu..huhu, sayang rasanya hilang..maafkan saya..semua salah saya..