Masalah datang dan pergi..selesai satu, datang lagi satu..jangan kita mengeluh..face it, not facebook it..bila masalah datang, berfikir sejenak apa solusi nya..list down all possibilities solution..smpai terkoyak kertas pon xpe..pastu pilih la yg mana 1 ok..da dapat, implement it..pastu success..awwwyyeeeaaaa..
Fahami ini:
Dengan izin Allah, ,masalah yang kita hadapi tidak semestinya selesai mengikut kehendak kita.
Contoh:
Hilang duit, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan dapat duit yang hilang itu semula.
Sakit, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan sembuh.
Gagal, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan lulus/berjaya hal yang gagal itu.
Hilang duit, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan dapat duit yang hilang itu semula.
Sakit, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan sembuh.
Gagal, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan lulus/berjaya hal yang gagal itu.
Yang paling utama masalah itu akan
dirasakan selesai ketika kita menerima dan kita mula berpersepsi bahawa
apa yang berlaku bukanlah suatu masalah. Ia akan dimiliki ketika jiwa
kita diilhamkan taqwa oleh Allah.
Masalah akan selesai ketika Allah mencabut semua rasa kesempitan dalam jiwa kita ini.
Kita akan berasa lapang dada, lapang
fikiran dan jiwa walaupun ketika itu duit yang hilang masih belum jumpa,
sakit belum sembuh, hal yang gagal masih belum berjaya.
Di sinilah kita mula rasa bahagia. Lalu
saat ini kita sudah tidak kisah lagi dengan duit yang hilang jumpa atau
tidak, bila kita akan sembuh, bila kita akan berjaya. Yang ada ketika
ini adalah semangat dan kekuatan untuk terus berusaha.
Berusaha mencari rezeki. Berusaha untuk berikhtiar berubat untuk sembuh. Berusaha untuk berjaya.
Yang ada pada kita dalam wilayah
kemanusiaan ini hanyalah berusaha. BUKAN MENENTUKAN. Di saat inilah kita
nanti mampu memahami ilham dari Allah sehingga mungkin kita tidak jumpa
duit yang hilang kembali tetapi menerima rezeki yang lebih banyak.
Mungkin kita akan lambat sembuh namun sembuhnya kita akan benar-benar
sembuh malah menjadikan kita hamba yang lebih baik dan bersyukur.
Mungkin kita tidak berjaya dalam hal yang kita gagal itu namun kita berjaya di dalam hal yang lain yang mana ia lebih baik.
Fahami ini…. fahami aturan Allah dan
hidup yang diaturkan Allah ini.. maka kita setiap hari pasti akan
bahagia biar pun apa jua yang berlaku kerana hidup kita sememangnya
sentiasa ada ujian-ujian.
Hidup ini memang susah. Ini hakikat.
Tidak perlu ubah hakikat ini dengan mengatakan hidup ini mudah. Kita
merosakkan fikiran kita dengan hal yang tidak benar.
NAMUN jangan berhenti sekadar hidup ini
susah. Harus juga sedar sambungannya… HIDUP INI SUSAH NAMUN AKAN MUDAH
SEANDAINYA DIRI BERGANTUNG TOTAL 100% KEPADA ALLAH SWT.
Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
21 Mac 2012
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
21 Mac 2012
No comments:
Post a Comment