Monday, 30 July 2012

Kucing Hilang

Kucing kami telah di kidnapped oleh insan yg xbertanggungjawab..usaha mencari telah dijalankan, tapi hanya sahabatnya sahaja ditemui..

Memori Kasih

Ku terkenang masa lalu..

Di masa lapang

Assalamualaikum
Di masa2 lapang tu, apa salahnya klu kita mengucapkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..dapat gak pahala dari xdapat pape..besar ganjaran Allah bagi kat org yg selawat..

Semoga nasihat ini memberi manfaat buat semua..thanks, kbai, wassalam..

Tuesday, 24 July 2012

Benarkah Alam Semesta Ini Berbentuk Trompet?

Sebelum datangnya kiamat, apa yang di lakukan sekarang oleh malaikat Israfil?. Mungkin ada yang terfikir malaikat Israfil itu seperti seorang seniman yang asyik menggilap trompet kecilnya sebelum tampil di atas pentas. Sebenarnya macam mana rupanya terompet itu atau yang juga dikenali sebagai sangkakala malaikat Israfil itu?

Sekitar
 enam tahun yang lalu, sekumpulan saintis yang dipimpin oleh Prof. Frank Steiner dari Universiti Ulm, Jerman melakukan pemerhatian terhadap alam semesta untuk mencari bentuk sebenar alam semesta ini. Ramalan umum selama ini mengatakan bahawa alam semesta berbentuk bulat dan ada juga yang mengatakan bentuknya rata dan mendatar sahaja.

Wilkinson Microwave anisotropy Prob (WMAP)

Hasil yang lebih terperinci apabila menggunakan WMAP


Menggunakan sebuah peralatan canggih milik NASA yang bernama Wilkinson Microwave anisotropy Prob (WMAP), mereka menemui hasil kajian yang sangat memeranjatkan kerana menurut hasil kajian tersebut alam semesta ini adalah berbentuk seperti trompet. Di mana pada bahagian hujung belakang trompet (alam semesta) merupakan alam semesta yang tidak boleh diamati (unobservable). Sedangkan bahagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem suria berada merupakan alam semesta yang masih boleh diamati (observable). Lihat gambar bentuk alam semesta dibawah ini:


Bentuk Alam Semesta

Di dalam kitab Tanbihul Ghofilin Jilid 1 hal. 60 ada sebuah hadis panjang yang menceritakan tentang kejadian kiamat yang pada bahagian awalnya sangat menarik untuk difahami dan diteliti.

Dari
 Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: 

"Ketika Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada malaikat Israfil, kemudian ia letakkan dimulutnya sambil melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintah. Saya bertanya, "Ya Rasulullah apakah sangkakala?" Jawab Rasulullah, "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya tanya, "Bagaimana besarnya?" Jawab Rasulullah, "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutusku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali. Pertama Nafkhatul faza '(untuk menakutkan). Kedua Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan). Ketiga Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."

Dalam hadis di atas disebutkan bahawa sangkakala atau trompet malaikat Israfil itu bentuknya seperti tanduk dan diperbuat dari cahaya. Saiz bulatannya seluas langit dan bumi. Bentuk laksana tanduk mengingatkan kita pada trompet orang-orang zaman dahulu yang diperbuat dari tanduk. 

Trompet yang diperbuat dari tanduk


Kalimat seluas langit dan bumi dapat difahami sebagai ukuran yang meliputi dan merangkumi seluruh kawasan langit (sebagai lambang alam tak nyata dan ghaib) dan bumi (sebagai lambang alam nyata dan syahadah). Atau dengan kata lain, bulatan trompet malaikat Israfil itu melingkar membentang dari alam nyata hingga alam ghoib. 

Jika keshahihan hadis di atas boleh dibuktikan dan data yang diperolehi melalui WMAP tepat, ini bermakna kita ini ibarat rama-rama yang hidup di tengah-tengah kawasan gunung berapi yang aktif, yang boleh meletus bila-bila masa sahaja. 

Dan Allah telah mengkhabarkan kedahsyatan trompet malaikat Israfil itu dalam surah An-Naml ayat 87. 

"Dan pada hari ketika trompet ditiup, maka terkejutlah semua yang ada di langit dan semua yang di bumi, kecuali mereka yang di kehendaki Allah. Dan mereka semua datang menghadapNya dengan merendahkan diri." 
(An-Naml ayat 87)

Pada saat bergoncangnya bumi, manusia bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya, yang menyusui lupa pada bayinya, anak-anak jadi beruban dan syaitan-syaitan berlarian. " 

Ada sebuah soalan yang berlegar-legar dikepala, jika terompetnya sebesar itu, bagaimana dengan si peniupnya. Dan lebih dasyat lagi, bagaimana dengan Sang Penciptanya? Wallahua'lam.
 

Monday, 23 July 2012

Perbezaan Wanita Dunia dan Wanita Akhirat



Sejak akhir-akhir ini, kita menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita akan jumpa setiap hari di Barat. Golongan ini dapat dilihat di kaca televisyen atau halaman-halaman majalah yang laris dipasaran seperti majalah hiburan khasnya.

Bagi wanita 'bebas' ini, perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini, mereka memakai pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya untuk mendapat teman lelaki atau suami yang segak, tampan dan berada.

Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di majlis-majlis sosial, menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar, bersukan dan membaca buku-buku berbentuk hiburan. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuh bila dalam keadaan berahi.

Wanita 'bebas' ini bersetuju badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan untuk berseronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan di dunia ini.

Bagi wanita bebas, pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.

Tetapi bagi wanita yang berada di sisi lain, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika dia keluar dari rumah tidak penting malah dia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bukan untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.

Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al­Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.

Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah 5 punca kepuasan hatinya dan sebagai galakan untuk menambahkan lagi amal soleh.

Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.

Bagi Muslimah, setelah bertahun-tahun lamanya barulah dia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

Kesimpulan cerita di atas

Dari kedua kisah di atas dapat disimpulkan bahawa, wanita dunia ini lebih bebas dan mementingkan keduniaan semata-mata, suka berfoya-foya dan menghabiskan masa kepada rupa paras dan keinginan nafsunya. Sanggup keluar berdua-dua dengan teman lelakinya yang bukan muhrim dengan alasan kawan biasa atau teman lelaki sehingga lewat malam. Berpegang-pegangan tangan dianggap perkara biasa dan sanggup menggadaikan maruah dan tubuh badannya kerana cinta dan sayangkan teman lelakinya. Apabila mengandung menjadi gelisah, ada yang sanggup menggugurkan anak kandungannya yang diharamkan oleh Islam akan perbuatan gugur itu. Bagi yang melahirkan anak dari darah dagingnya sendiri dengan tidak mempunyai sifat keibuan dan berperikan kemanusiaan sanggup buang bayi itu kedalam tong sampah, kedalam sungai, tandas dan sebagainya. Itulah kehebatan wanita sekarang ini yang diagungkan oleh semua golongan masyarakat dan ada sebahagian dari wanita yang tidak berpendidikan agama memperjuangkan kebebasan wanita sehingga berbagai gejala tidak baik berlaku.

Bagi wanita yang budiman dan solehah dianggap kolot dan tidak bertamadun, kerana pakaiannya yang menutup aurat. Ada diantara golongan ustazah yang mempelajari agama dan disanjungi ramai memberikan imej pakaian yang tidak sepatutnya dipakai dan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan agama menirunya dengan alasan “ustazah itu pakai tidak mengapa, kenapa saya pakai tidak boleh”. Adakah ini semua Islam sekular, Liberal, Islam moden atau sebagainya. Saya tertanya-tanya kenapa berlaku sebegini, adakah disebabkan malu memakai tudung labuh takut dihina dan dicaci atau tidak cantik, atau sebagainya. Padahal Islam membenarkan wanita Islam berfesyen dengan garis panduan yang ditetapkan. Ada wanita yang menutup kepala tetapi pakaiannya ketat sehingga menampakkan badannya, ada yang pakai tudung tapi lengan bajunya pendek, ada juga yang bertudung tetapi nampak dadanya, adakah ini fasyen Islam?

Mari kita kaji kembali perkara ini, jika ada kesalahan mari kita perbetulkan. Jangan terlalu mengejarkan fasyen sehingga kita lupa kepada batasan agama Islam kita, Kehidupan kita memerlukan redha Allah. Dari redha, manusia sebagai jaminan kita menerima balasan yang setimpal apabila dihari perhitungan nanti.
 

Sunday, 22 July 2012

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum wbt..

Rasa2 masih belum terlambat utk aku ucapkan selamat menunaikan ibadah di bulan ramadhan ini..semoga amalan kita semua diterima..kutip lah pahala dibulan ini semaksima mgkin, kerana ini mgkin kali terakhir kita bersamanya..jika diizinkan, tahun depan masih insyaallah masih blh bertemu bulan ini..hendaklah istiqah dalam menjalankan amal ibadah, dan semoga berterusan walau ramadhan telah tamat nanti..

Dan aku, seperti biasa membelasah cuti yg ganu bagi sbb menang sukma ngan besday sultan..so arini masih berlingkar atas sofa bermain bersama dak ni..tahun lepas puasa kat laut, raya pun kat laut..tahun ni insyaallah puasa kat sini, raya pun sini..hehe

Wednesday, 18 July 2012

Relaviti Masa Yang Dibuktikan Oleh Al-Quran


Hari ini, konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa!! Beberapa ayat mengenai subjek ini berbunyi.

"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah Al-Hadid: 47)


"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu". Surah As-Sajadah: 5)
"Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadanya lima puluh ribu tahun". (Surah Al-Ma'arij: 4)


Dalam setengah ayat, ianya dijelaskan bahawa manusia merasakan masa secara berbeza dan kadang-kadang mereka boleh merasa suatu masa yang singkat seolah-olah suatu masa yang panjang. Perbualan manusia berikut yang terjadi sewaktu pengadilan mereka di Hari Kemudian adalah satu contoh yang baik dalam hal ini.


"Allah berkata: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?. Sahut mereka itu: kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitungnya. Allah berkata: Kamu tiada tinggal (di dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya. Surah Al-Mukminun: 112-114.


Fakta mengenai kerelatifan masa adalah sangat jelas disebutkan di dalam Al-Qur'an, yang dinyatakan pada tahun 610 adalah satu lagi bukti bahawa Al-Qur'an adalah sebuah kitab suci.

Zikir selepas solat


Maksudnya:

"Aku memohon keampunanMu Ya Allah".
(tiga kali)



Maksudnya:

"Ya Allah, Engkau sejahtera daripada keaiban, daripada Engkaulah (datangnya) kesejahteraan, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah, Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan".

Kata-kata aku

Assalamualaikum WBT..

Syukur ke hadrat Allah, dengan limpahan rahmat kurnianNya, aku masih lagi berpeluang menghirup udara milik Allah utk meneruskan kehidupan atas muka bumi ini sebagai hambaNya..
Apa tugas kita sebagai hanbaNya, tidak lain tidak bukan untuk beribadat padaNya..tidak malukah kita, setiap detik,setiap saat, kita menggunakan segala nikmat yg Allah bagi..udara, nyawa, makan, minum, baju dan semua, semuanya hak milik Allah..Allah cuma pinjamkan kepada kita, tapi berapa ramai yang sedar akan hakikat ini..bila2 masa saja semua nikmat itu boleh ditarik..mungkin tarik semua serentak, mungkin tarik sikit2..adakah kita hanya akan ingat pada Allah tatkala kita kehilangan semua itu..hidup di dunia ini hanya sementara, ia adalah pentas ujian buat semua..jadi sementara nyawa masih dikandung badan, bersyukurlah, beramal lah, beribadatlah..
Aku menasihati ni, bukan bermakna aku yang terbaik dikalangan kamu, bahkan mungkin aku yang paling hina sekali dikalangan kamu..menjadi tanggungjawab semua umat Islam utk saling ingat mengingati, bukan hanya para alim ulama sahaja..pernah juga terdengar statement kata klu nak tegur orang tu, pastikan diri tu biar cukup berilmu dan akhlak baik gila..dengar sini, klu kita nak mcm tu, nescaya xkan ada pendakwah atas muka bumi ini ~~ UAI yg cakap..dakwah itu untuk semua..sama2 lah kita saling mengingat..

~~aku tidak pandai mengarang..hehe..tapi bila nak meluahkan rasa di hati, aku suka membiarkan lagu2 yg berkaitan meluahkan utk aku..
sekian wassalam..kbai

Buat Teman ~~ ketenanganku yg terpuji..


Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Sunday, 15 July 2012

Doa Ketika Berhadapan Dengan Musuh


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.
Assalamualaikum WBT..
Segala puji bagi Allah kerana masih memberi peluang pada kita untuk beribadah pada Nya..pagi ni aku nak kongsi doa ni..Insyaallah bermanfaat buat semua..sekian


Maksudnya:

Ya Allah, engkaulah Pembantuku dan Engkaulah Penolongku dan dengan pertolongan Engkaulah aku berperang.



Maksudnya:

Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan Allahlah sebaik-baik penolong.

Renungan Buat Kita


Apa tindakan kita untuk saudara kita yang ditindas

Zikir Pagi Dan Petang

nih nak kongsi satu zikir harian, bukan satu malaysia tau..selamat beramal..



"Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat serta salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya".

Saturday, 14 July 2012

Rumah Baru

Assalamualaikum
Baru lepas gi majlis perasmian rumah kat Banggol Permai kemaman..pasni sah2 dah jadi org kemaman..kecuali klu rezeki aku ada kat tempat lain plak pasni, Wallahualam..Boleh tahan jugak cantik nya..tapi ini hanya rumah di dunia, rumah di akhirat pun kena la usaha gigih supaya nnti kita dapat rumah cantik juga..insyaallah

Hikmah Sujud


Disini saya mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang kelebihan sujud iaitu :

Waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. 

Melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

  1. Membetulkan kedudukan buah pinggangmembetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  2. Melegakan sakit hernia.
  3. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  4. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  5. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  6. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  10. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,
  11. Secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
  13. Mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  14. Mengurangkan kegemukan.
  15. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,
  16. Organ peranakanmudah kembali ke tempat asal
  17. Serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  18. Otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  19. Mengelakkan pendarahan otak
  20. Terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula :

Sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta. Sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan :

Kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian :

Terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
 
Wallahualam..kbai

Thursday, 12 July 2012

Klangit - Sesal Mendua



Dulu
Ku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh
Aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua.. kembali bersama
Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu , rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh tuhan tolong aku

Wednesday, 11 July 2012

Air Laut Yg Masin


Tiba-tiba ja terasa air laut ja dalam mulut..tak kan masa ni baru nak datang kot..hohoho..klu kene lagi tahun ni, resign la aku cmni..hatrik la klu tahun ni kena lagi..pandai ja timing time2 nak puasa, raya..
bagi rilex sikit lagi lepas raya boley??


Xleh ingat doww sambut ramadhan atas platform..sahur sensorang, terawih sensorang, raya sensorang, takbir sensorang..tahun ni nekad, apa jadi xnak gi..awwyyeeaa..

Kisah Menarik Rasulullah s.a.w dan Kucingnya

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. 

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. 

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. 

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali. 

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri. 

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. 

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. 

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.

Selain itu, ada juga kisah menarik dari China. Ha Wenjin telah menjual hampir semua asetnya untuk membuka kawasan penjagaan haiwan terbesar di China. Lebih daripada 1,500 anjing dan 200 kucing tinggal di sana sekarang. Tempat ini mempunyai 10 pekerja yang merawat dan menjaga anjing dan 2 pekerja untuk kucing. Perbelanjaannya adalah sekitar $ 37,500 setahun untuk menguruskan penjagaan haiwan ini.









Harap ada orang Islam yang bersikap macam ni.

Rasulullah SAW Dan Seorang Pengemis

Gambar hiasan

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". 

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...." 

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi muslim.

Wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau setidak-setidaknya mempunyai niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak.

Rindu Anak Saya

Ohohohoho..dah dua minggu abah tak dukung syakir..esok abah balik ya..

Tuesday, 10 July 2012

Apabila Islam Hanya Tinggal Nama

Mesti kalimah ini tergantung di dinding rumah anda kan?


Alangkah bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman kegemilangan Islam bersama dengan Rasulullah SAW. Ini kerana kita dapat berjuang, belajar secara langsung daripada Baginda, dapat melihat wajahnya serta boleh berkomunikasi secara langsung dengannya apabila menghadapi sesuatu masalah. Zaman Baginda itu adalah satu masa yang sangat hebat kerana dapat melahirkan generasi individu Muslim yang unggul dalam segenap aspek kehidupan hingga mendapat jolokan daripada Allah sebagai sebaik-baik umat kerana menjalankan tugas menyampaikan yang makruf, mencegah kemungkaran dan beriman dengan Allah.

Inilah generasi yang telah dicatat dalam lembaran sejarah kerana membantu Baginda menundukkan dua kuasa besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi yang mendakwa memiliki sumber tamadun yang hebat, namun kehebatan individu di kalangan Sahabat Rasulullah terdapat pada diri mereka akhlak mulia mampu menundukkan keangkuhan kedua-duanya sekali.

Empayar Islam begitu gah dan dihormati suatu ketika dulu. Adakah mereka maju dengan meniru barat?


Mereka mencipta nama dalam sejarah tamadun manusia sebagai pahlawan Islam dengan menyebar dan memperluaskan ajaran Baginda Rasulullah SAW sesuai dengan pegangan mereka kepada agama Islam yang membawa maksud kesejahteraan, keharmonian, kedamaian, keamanan dan keselamatan untuk umat manusia sejagat.

Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah kita bersemangat sama seperti Para Sahabat?

Tidak dinafikan bahawa kita sebagai umat Nabi Muhammad, di antara mereka ada yang diberikan nama oleh ayah-ayah kita sebahagiannya dengan menggunakan nama Para Sahabat seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar, Uthman, Ali, Ubadillah, Salman, Khalid, Hamzah, Abbas, Bilal, Zubair dan sebagainya. Tetapi apakah nama-nama tersebut benar-benar meresap masuk dalam sanubari kita hingga mencontohi Para Sahabat dalam mendepani segenap isu agama.

Alangkah malangnya segelintir umat Islam hari ini yang sudah mula menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang kadang-kadang tidak memberi makna langsung berkaitan dengan agama. Nama-nama seperti yang disebutkan di atas tidak lagi menjadi sebutan di bibir mereka. Mengapa? Sama-samalah kita mencari kekurangannya.

Malah Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.

Inilah yang pernah disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW lebih 14 abad lalu, seolah-olah ia bagaikan satu ramalan tepat, kerana Baginda sentiasa menerima wahyu daripada Allah Taala, sudah tentu Dia mengetahui segala-galanya kerana ia di bawah kawalan dan pengawasan-Nya. Benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, daripada Ali bin Abi Talib RA berkata: 

“Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa sudah hampir tiba suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali”. 
(Hadis riwayat Al Baihaqi)

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh daripada gambaran yang telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Kalau belum sampai pun, ia sudah hampir menjurus ke sana. Apa yang Baginda sebutkan dalam hadisnya di atas bolehlah kita bincangkan satu persatu untuk melihat sejauh mana kebenaran kenyataan baginda itu.

  1. Islam hanya tinggal namanya sahaja.
  2. Al Quran hanya tinggal tulisannya.
  3. Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah.
  4. Lahirnya ulama jahat yang mementingkan periuk nasi daripada Islam.
  5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama jahat.

Islam Hanya Tinggal Namanya Sahaja

Kelak akan banyak orang yang mengaku beragama Islam namun perbuatan sehariannya tidak mencerminkan sebagai seorang Islam yang baik, hanya namanya sahaja Islam. Islam diperalatkan untuk kepentingan tertentu. Oleh kerana itu kita dapat lihat ramai orang Islam melanggar syariat.

Solat mengikut ‘mood’, ada seminggu sekali, ada sebulan sekali, setahun sekali dan ada yang tidak pernah solat sama sekali. Yang kaya pula enggan membayar zakat, yang pergi haji mahu digelar ‘pak haji’ namun masih lagi melepak di kedai judi dan menghabiskan masa.

Ramai yang bercakap tentang Islam padahal mereka tidak mengamalkannya. Pandai berpidato agar orang percaya dia seorang Islam yang baik dan memperjuangkan Islam, sehingga ada yang mengubah halal menjadi haram dan haram menjadi halal, bahkan hukum nas kalau boleh disesuaikan dengan zaman, bukan keadaan zaman disesuaikan dengan ketentuan nas.

Islam yang hanya tinggal nama


Sebenarnya orang yang sebegini tergolong daripada golongan orang munafik sebagaimana Sahabat Nabi yang bernama Abu Huzaifah ditanya apa itu nifak? Beliau menjawab:

“Kamu berbicara tentang Islam, tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran-ajarannya”. 
(Masnad ar-Rabi’)

Al Quran Hanya Tinggal Tulisannya

Dalam banyak hadis Rasulullah SAW, Baginda menganjurkan kita umatnya agar membudayakan pembacaan Al Quran, ia bukan sekadar penawar kepada pelbagai penyakit yang sukar diubati, malah ia juga bertindak sebagai penyembur kepada hati yang berkarat dengan penyakit-penyakit cintakan dunia secara berlebihan.

Tujuan Al Quran diturunkan adalah untuk menjadi pedoman dalam soal akidah, iman, beribadah kepada Allah dengan membacanya, dipelajari isi kandungannya, diamalkan segala apa yang ada di dalamnya. Menjadi rujukan dalam segenap masalah yang dihadapi oleh manusia, dan yang paling utama ialah melaksanakan hukum, undang-undang dan perintah Allah yang ada di dalamnya.

Ayat Quran terukir indah di dinding masjid, lebih indah lagi jika terukir di hati umat Islam


Apa yang mendukacitakan kita pada hari ini, Al Quran dijadikan bahan untuk musabaqah menjelang ketibaan Ramadan iaitu bulan yang diturunkan Al Quran di dalamnya. Sedangkan undang-undangnya tidak diguna-pakai walaupun sudah merdeka lebih setengah abad, orang-orang Islam yang melakukan jenayah tidak dihukum dengan undang-undang hudud atau qisas di dunia ini. Inilah gambaran ketegasan Nabi bahawa Al Quran hanya tinggal tulisannya untuk dibaca, bukan untuk diamalkan.

Masjid Tersergam Indah Tetapi Kosong Daripada Hidayah Allah



Indahnya masjid disebabkan pengunjungnya


Inilah kebenaran kenyataan Baginda Rasulullah SAW bahawa masjid-masjid umatnya pada akhir zaman memang cukup indah dan megah, tetapi pengisian di dalamnya tidak memberangsangkan. Masjid yang sepatutnya menjadi tempat menyampaikan kuliah agama kadang-kadang sepi daripada pengunjungnya.

Terdapat masjid yang membiayai urusan pembayaran bil elektrik, air dan penyelenggaraan mencecah nilai ringgit yang cukup tinggi, namun kadang-kadang apa yang menduka-citakan kelas pengajian pun tidak ada, ada yang diisi dengan kelas marhaban atau barzanji, itu pun tidak memahami dengan baik maksud apa yang dibacakan. Malah ada pula masjid dipertandingkan sempena Maulidur Rasul sebagai masjid yang paling cantik dan bersih.

Lahirnya Ulama Jahat

Tidak dinafikan juga wujud kalangan ilmuan Islam yang tidak berani untuk menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim seperti yang disabdakan oleh Baginda, justeru itulah yang diingatkan oleh Baginda dalam hadisnya di atas. Golongan ulama ini sama seperti Bal’am bin Ba’ura (ulama Bani Israil) yang ditegaskan dalam ayat 176 surah Al ‘Araf.

“Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”.
(surah Al ‘Araf ayat 176)

Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Ibni Khathir, Imam Tabari dan ramai mufassirin bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang lelaki dari Negara Yaman bernama Bal’am bin Ba’ura’. Sebilangan ulama lain menyatakan, Bal’am adalah seorang ahli ibadat yang mempunyai kemakbulan doa dari bangsa Bani Israel.

Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar (Doa Bal'am bin Ba'ura mustajab). Setelah peristiwa firaun dilemaskan dalam laut, Nabi Musa A.S dan bani Israel yang terselamat terus mengembara sehinggakan hampir sampai dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya (berdoa) untuk mengalahkan Nabi Musa AS.

Pada mulanya Bal’am masih tidak mahu mendoakan. Akan tetapi setelah isterinya tidak bercakap, melayannya dan menyediakan makanan seperti biasa dibuat. Lama kelamaan Bal’am pun bertanya kepada isterinya mengapa isteri beliau mogok dan beliau tidak dilayan seperti biasa dilakukan. Isteri Bal’am berkata “berdoalah bukan susah seperti yang dipinta oleh Raja”.

Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa AS, doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Teh (sekarang dinamakan semenanjung Sinai) selama 40 tahun.

Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, “Wahai Tuhan, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di ladang Teh ini?”.

Jawab Allah SWT, “berpunca dari doa Bal’am”

Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, “Wahai Allah, sepertimana kamu mendengar doa Bal’am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am”.

Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya. Doa Nabi Musa dimakbulkan oleh Allah, menyebabkan Bal’am mati dalam keadaan kufur dan lidahnya terjelir sepertimana anjing.

“Minta berlindung kita dengan Allah daripada menjadi seperti Bal’am bin Ba’ura’”. Wallahua’lam (Kisah ini isra’iliyyat yang wajar dijadikan pengajaran kepada kita).

Kepentingan dunia kerana mahu mengejar pangkat dan populariti menguasai hidup mereka hingga ada yang berani menghalalkan apa yang diharamkan Allah, menyembunyikan kebenaran kerana takut keduniaannya tersekat dan periuk nasinya terjejas hingga sanggup menggadai prinsip-prinsip agama, dalam hal ini, siapa yang makan cili maka dialah yang merasa bahang pedasnya.

Fitnah Tersebar Akibat Kedangkalan Ulama-Ulama Jahat

Fitnah terhadap Islam sudah semakin menular yang tidak pernah terfikir oleh individu Muslim yang baik di sisi Allah. Industri hiburan yang melibatkan artis-artis beragama Islam hingga ke peringkat paling seksi menjadi juadah mata pada hari ini, perkara ini berlaku adalah kerana ulama-ulama yang jahat mendiamkan diri tidak mahu bercakap kerana takut segala kemudahan yang dikecapinya akan hilang, walaupun Islam daripada diri umat Islam bukan menjadi perkiraan hidup.