Assalamualaikum WBT.
Dua ungkapan berbeza bahasa, namun mempunyai satu makna yang sama, menjadi kebiasaan diungkapkan oleh para remaja terutamanya dari golongan wanita apabila berkaitan dengan pencarian jodoh. Hampir semua golongan kaum hawa memegang kukuh ungkapan ini, kononnya bagi menjaga air muka dan maruah mereka, ibarat menggenggam sesuatu barang takut mudah diragut orang!
Dua ungkapan berbeza bahasa, namun mempunyai satu makna yang sama, menjadi kebiasaan diungkapkan oleh para remaja terutamanya dari golongan wanita apabila berkaitan dengan pencarian jodoh. Hampir semua golongan kaum hawa memegang kukuh ungkapan ini, kononnya bagi menjaga air muka dan maruah mereka, ibarat menggenggam sesuatu barang takut mudah diragut orang!
Namun
begitu, sejauh mana kebenaran ungkapan ini, terutama jika dikaitkan
dengan hukum syara’ itu sendiri. Penulis terpanggil untuk bersama-sama
berkongsi satu pandangan dan cadangan pembetulan berdasarkan
pembelajaran, pembacaan dan rujukan yang telah dilalui untuk memeriahkan
lagi suasana perkongsian ilmu dan maklumat melalui laman sesawang yang
mana telah menjadi satu medium paling popular bagi mendekati para
remaja.
Berbalik
kepada ungkapan berbunyi “Takkan Perigi Cari Timba”, jika difikirkan
secara logik, sama ada perigi mahupun timba, masing bukanlah sesuatu
yang mampu bergerak dengan sendiri kecuali didatangkan oleh makhluk yang
mempunyai kaki dan tangan untuk menggerakkannya. Seseorang yang ingin
mandi di perigi perlu membawa timba yang bertali untuk menceduk air yang
jauh di dasar perigi. Justeru, tiada istilah perigi mencari timba atau
timba mencari perigi, yang sebenarnya dengan adanya keinginan untuk
mendapatkan air, barulah timba dibawa ke perigi.
Realiti
ini menerangkan kepentingan kemahuan dan keinginan untuk menjayakan
sesuatu keadaan, bak kata pepatah “Jika di situ ada kemahuan, pasti di
sana ada jalan!”, bukan sekadar mencipta 1001 alasan, dan mengharapkan
penyelesaian jatuh ke ribaan.
Seterusnya,
dibuktikan kesilapan terlalu berpegang kepada ungkapan tersebut melalui
satu dalil iaitu daripada Hadis Nabi SAW yang disebut dalam Sahih
Bukhari (No. Hadis 4726) yang mana tidak boleh diragui lagi kesahihan
jalan periwayatan hadis ini.
عن مَرْحُومُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ مِهْرَانَ قَالَ: سَمِعْتُ ثَابِتًا الْبُنَانِيَّ قَالَ :
كُنْتُ عِنْدَ أَنَسٍ وَعِنْدَهُ ابْنَةٌ لَهُ،
قَالَ أَنَسٌ: جَاءَتْ امْرَأَةٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ (ص) تَعْرِضُ عَلَيْهِ نَفْسَهَا
قَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَكَ بِي حَاجَةٌ؟
فَقَالَتْ بِنْتُ أَنَسٍ: مَا أَقَلَّ حَيَاءَهَا. وَا سَوْأَتَاهْ...وَا سَوْأَتَاهْ.
قَالَ: هِيَ خَيْرٌ مِنْكِ رَغِبَتْ فِي النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَرَضَتْ عَلَيْهِ نَفْسَهَا.
Daripada
Marhum b. Abdul Aziz telah berkata: aku telah mendengar Thabit
Al-Bunaniyy telah berkata: Aku pernah berada di sisi Anas, di sisinya
(yakni Anas) seorang anak perempuan miliknya. Anas telah berkata:
Seorang perempuan telah mendatangi Rasulullah SAW menawarkan dirinya
(untuk berkahwin) kepada Rasulullah SAW dengan berkata: Ya Rasulallah,
adakah kamu tidak berminat kepadaku? Maka anak perempuan Anas telah
berkata: Betapa sedikitnya malunya (Tak Malunya Perempuan itu), Aduh,
Malunya! Malunya! (Anas) telah berkata (kepada anak perempuannya): Dia
(Perempuan itu) jauh lebih baik darimu! Dia menginginkan (mencintai)
Nabi SAW, maka dia menawarkan dirinya kepada Nabi SAW (untuk dikahwini
oleh Nabi SAW).
Al-Imam Al-Bukhari meletakkan hadis ini di dalam satu bab khas yang disebut:
بَاب عَرْضِ الْمَرْأَةِ نَفْسَهَا عَلَى الرَّجُلِ الصَّالِحِ
“BAB SEORANG WANITA MENAWARKAN DIRINYA (UNTUK BERKAHWIN) KEPADA LELAKI SOLEH”.
Oleh
hal yang demikian, melalui dalil yang disebut dan penamaan bab ini
(sebagaimana disebut oleh Imam Al-Bukhari melalui ijtihad feqahnya),
jelas membuktikan kesilapan yang teramat besar bagi seseorang yang
memegang kukuh ungkapan “Takkan Perigi Cari Timba”.
Malah
Sirah Nabawiyyah telah membuktikan bahawa Khadijah (Isteri yang Paling
dikasihi oleh Nabi SAW) melamar Nabi SAW sebelum Baginda diangkat
menjadi nabi lagi melalui seorang perantara. Adakah ini dikatakan Perigi
Cari Timba?
Jika ada yang memberi alasan: “Ish..itu Nabi SAW, siapalah kita nak disamakan dengan baginda SAW?!”
Jawapannya mudah, Nabi SAW diutuskan untuk kita sebagai umatnya menjadikan Role Model (Peribadi Contoh), sebagaimana FirmanNYA:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
“Sesungguhnya
telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri (contoh) teladan yang baik
bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.
(Surah Al-Ahzab, 21)
Hal
ini jelas menolak dan membatalkan ungkapan yang sepatutnya tidak
dipegang secara kuat oleh golongan wanita, terutama pada zaman yang mana
bilangan wanita semakin ramai berbanding lelaki, mungkin dek kerana
wanita semakin berpelajaran tinggi, berpangkat tinggi sehingga
menimbulkan rasa malu dan rendah diri seseorang lelaki yang baik untuk
melamar wanita tersebut. Oleh itu, tiada salahnya, jika seorang wanita
mendapati seorang lelaki yang baik akhlaknya bukan sekadar melalui
pandangannya, bahkan orang ramai di sekelilingnya turut mengiktiraf
ke”soleh”annya, untuk melamar lelaki tersebut bagi dirinya dengan secara
batasan yang terkawal (disarankan mengikut cara yang telah ditunjukkan
kisah Khadijah melamar Nabi SAW sebagaimana telah diterangkan di atas.
Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 26:
الْخَبِيثَاتُ
لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ
لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ
مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
“Wanita-wanita
yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji
adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik
adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari
apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan
dan rezki yang mulia (surga)”.
Dalam ayat ini Allah meletakkan dua cara, iaitu sama ada َالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik atau وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
Hikmahnya
untuk kita sama-sama berfikir, tidak semestinya lelaki yang memilih
perempuan, bahkan perempuan juga dibenarkan memilih lelaki sebagai
pasangan hidupnya, yang mana diikhlaskan dan disucikan melalui
istikharah, memohon petunjuk keputusan terbaik dariNYA, bukan
semata-mata dari pandangan kita yang pasti banyak khilafnya dek kerana
maksiat dan dosa kita.
Wallahu’alam.
Dalam
memilih jodoh, memang benar ia adalah satu ketentuan, namun tawakkal
sahaja tanpa usaha, ibarat menanam padi tanpa proses penuaian, menunggu
hasil datang dengan keajaiban, itu bukanlah sunnah orang beriman!~
Usaha
perlu ditingkatkan, istikharah perlu diteruskan, tawakkal perlu
digandingkan, agar lengkap satu kewajipan, diri kita sebagai orang yang
beriman!~
Moga mendapat manfaat dari perkongsian ilmu, pandangan dan maklumat ini!~
No comments:
Post a Comment